Mengikut
kata orang tua, payudara kanan ialah makanan. Manakala yang kiri ialah
minuman. oleh kerana itu, kita perlu memberi kedua-dua belah payudara
dan perlu mendahulukan payudara kanan. apakah kandungan susu kanan dan
kiri berbeza ??
sebelum kita membuat andaian atau menyangkal kata orang-orang tua ini, kita perlu memahami mengapa mereka berkata begitu. Asasnya adalah daripada pengalaman, pemerhatian generasi terdahulu termasuk pengetahuan cetek yang mereka ada. ketika itu, tidak ada kajian atau penerangan secara saintifik berkenaan banyak perkara. kini, melalui hasil kajian, generasi kita berjaya membuat pelbagai penemuan baru yang tidak diketahui atau dibuktikan sebelum ini.
Faktanya, kedua-dua belah payudara menghasilkan komposisi nutrien yang sama. tidak ada bezanya dan tidak perlu diasingkan apabila diperah.
________________________________________________________
susu ibu sebenarnya melalui 3 fasa seperti yang dihuraikan di bawah:-
kandungan nutrien secara relatifnya selari dan ia diperoleh daripada bekalan makanan ibu. jika bekalan nutrien yang diambil ibu berkurangan, maka kandungan nutrien diperoleh sekadar apa yang diambil oleh ibu. komposisi tepat susu ibu berbeza dari hari ke hari bergantung kepada pengambilan makanan dan kawasan persekitaran. ini bererti nisbah air kepada lemak sentiasa turun naik.
para ibu dinasihatkan untuk menyusukan anak dengan kedua-dua belah payudara supaya penghasilan susu pada kedua belahnya dapat dikekalkan pada tahap optimum.
sebelum kita membuat andaian atau menyangkal kata orang-orang tua ini, kita perlu memahami mengapa mereka berkata begitu. Asasnya adalah daripada pengalaman, pemerhatian generasi terdahulu termasuk pengetahuan cetek yang mereka ada. ketika itu, tidak ada kajian atau penerangan secara saintifik berkenaan banyak perkara. kini, melalui hasil kajian, generasi kita berjaya membuat pelbagai penemuan baru yang tidak diketahui atau dibuktikan sebelum ini.
Faktanya, kedua-dua belah payudara menghasilkan komposisi nutrien yang sama. tidak ada bezanya dan tidak perlu diasingkan apabila diperah.
________________________________________________________
susu ibu sebenarnya melalui 3 fasa seperti yang dihuraikan di bawah:-
Fasa pertama
kolostrum merupakan peringkat pertama susu ibu yang berlaku dari
penghujung kehamilan sehingga beberapa hari selepas bayi dilahirkan. ia
pekat berbanding susu yang akan dihasilkan di peringkat akhir dan
berwarna kekuningan. kolostrum kaya dengan protein, vitamin, mineral
dan semua antibodi penting. antibodi ini melindungi bayi daripada
pelbagai jenis penyakit yang disebabkan oleh kuman di persekitaran bayi.
Fasa kedua
susu perantaraan berlaku selepas peringkat dan berlaku kira-kira 2
minggu. susu ini mengandungi banyak lemak, laktosa dan vitamin yang
membantu bayi mendapatkan semula berat badan yang hilang selepas
dilahirkan.
Fasa ketiga
susu matang adalah susu terakhir yang dihasilkan. lebih kurang 90%
adalah air, yang diperlukan untuk mengekalkan hidrasi bayi. 10% lagi
merupakan karbohidrat, protein dan lemak untuk keperluan pembesaran
tubuh dan tenaga. terdapat 2 jenis susu matang: susu awal
(foremilk),yang agak cair rupanya dan dihasilkan oleh payudara yang
penuh pada awal sesi penyusuan (kurang lemak dan tinggi karbohidrat)
dan susu akhir (hindmilk), iaitu susu yang lebih pekat (lebih berlemak)
dihasilkan di penghujung sesi penyusuan apabila payudara dikosongkan
dengan sebaik-baiknya. walau bagaimanapun, payudara tidak akan
benar-benar kosong memandangkan penghasilan susu merupakan proses
biologikal yang berterusan.
_______________________________________________________kandungan nutrien secara relatifnya selari dan ia diperoleh daripada bekalan makanan ibu. jika bekalan nutrien yang diambil ibu berkurangan, maka kandungan nutrien diperoleh sekadar apa yang diambil oleh ibu. komposisi tepat susu ibu berbeza dari hari ke hari bergantung kepada pengambilan makanan dan kawasan persekitaran. ini bererti nisbah air kepada lemak sentiasa turun naik.
jika diikutkan kata orang-orang tua, apa yang akan berlaku adalah seperti senario berikut:
apabila anda mendahulukan payudara sebelah kanan, payudara sebelah
kiri terpaksa ''tunggu giliran'', bukan? oleh itu, payudara kiri akan
penuh. apabila penuh, susu yang dihasilkan adalah cair dan itu adalah
susu awal (foremilk). bayi pula apabila menghisap payudara kiri mungkin
akan menghisap seketika sahaja dan tidak sempat untuk mendapat susu
akhir (hindmilk) yang dihasilkan payudara kiri. apabila tiba penyusuan
seterusnya, bayi sekali lagi disuakan payudara kanan. oleh itu, tidak
hairanlah mengapa susu di payudara kiri sentiasa kelihatan cair.
para ibu dinasihatkan untuk menyusukan anak dengan kedua-dua belah payudara supaya penghasilan susu pada kedua belahnya dapat dikekalkan pada tahap optimum.